6 Tips Beli Rumah Pertama Di Malaysia Dengan Cara Yang Betul

Ada orang beranggapan bahawa beli rumah pertama merupakan perkara yang susah. Daripada membuat pinjaman kepada urusan guaman, sebenarnya, beli rumah tidak terlalu susah jika tahu cara yang betul.

Anda mungkin berasa hairan kenapa orang masih bole beli rumah idaman mereka sedangkan gaji anda dan gaji mereka hampir sama sahaja.

Jawapannya mudah sahaja, ini kerana mereka tahu apa yang bank inginkan, jenis rumah yang mempunya nilai pasaran dan strategi untuk mendapat hartanah yang terbaik.

Janji anda sediakan diri dengan ilmu yang betul tentang tips beli rumah pertama. Banyak masalah yang anda boleh elak masa hendak beli rumah itu kemudian. Tekan sini untuk tips-tips beli ruman idaman anda.

Oleh itu, marilah kita sama-sama terokai langkah-langkah ke arah pembelian rumah serta hal ehwal tentang pinjaman perumahan di Malaysia supaya anda tidak melakukan kesilapan atau menghadapi halangan di hari kemudian.

 rumah mampu milik selangor

1. Buat Kajian Terlebih Dahulu

Sebelum anda memulakan langkah membuat pinjaman peribadi terdahulu, anda disyorkan untuk membuat kaji selidik dan menimba sedikit pengetahuan tentang perkara tersebut.

Lazimnya, anda perlu memahami asas-asas tentang hartanah kediaman seperti jenis rumah, jenis pinjaman bank dan ciri-ciri pemaju yang boleh dipercayai.

Jangan hanya membuat keputusan berdasarkan brosur-brosur yang menarik atau rebat-rebat istimewa dari pemaju hartanah.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk mendapat nasihat dari rakan-rakan dan sanak saudara yang mempunyai pengalaman membeli rumah sendiri baru-baru ini.

2. Apakah Tahap Kemampuan Anda

Kebayakan pakar kewangan menasihatkan bahawa ansuran pinjaman bulanan tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan isi rumah anda.

Kepada sesiapa yang ingin membuat kalkulator loan rumah, anda boleh merujuk kepada contoh kiraan ini.

Andai kata anda mempunyai jumlah pendapatan gabungan sebanyak RM 9,000. Oleh itu, pembayaran bulan rumah pertama anda tidak seharunya melebihi RM 3,000.

Jika anda masih tidak mempunyai kemampuan yang tinggi tetapi hendak memilik rumah, anda disarankan untuk memohon skim kerajaan yang menyediakan rumah mampu milik yang boleh dimiliki dalam harga yang lebih rendah. Layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

 rumah mampu milik pahang

3. Harga Purata Hartanah Kediaman

Seterusnya, anda bole memeriksa nilai pasaran semasa tentang rumah kediaman di beberapa lokasi yang anda ingini.

Anda boleh melakukan perbandingan di laman sesawang hartanah yang menyediakan harga urusniaga sub jualan hartanah yang terkini di seluruh Malaysia.

Dengan itu, pengguna bole melihat harga median bagi setiap kaki persegi serta saiz unit dan bilangan bilik tidur serta mendapat idea kasar tentang cara kira loan rumah untuk menilai tahap kemampuan anda.

4. Mula Mencari Rumah Idaman Anda

Apakah jenis rumah yang anda impikan? Rumah Semi-D? Kondominium? Rumah teres atau banglo?

Melalui laman sesawang seperti iProperty.com, anda boleh menapis pilihan anda menerusi kawasan yang diidamkan dan bajet anda.

Ini juga dapat membantu anda untuk membuat pinjaman islamik bersesuaian dengan carian anda mengikut saiz binaan, bilangan bilik tidur dan cara pembelian.

5. Mula Mencari Pinjaman Rumah

Setelah membuat bayaran yuran tempahan atau deposit awal yang menunjukkan kesungguhan anda untuk membeli hartanah tersebut, anda harus mula mencari pembiayaan dari pihak bank melalui pinjaman rumah atau melalui bank simpanan untuk beli rumah.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak bank yang menawarkan produk pinjaman rumah yang berbeza termasuk pinjaman flexi dan jangka.

 syarat pengeluaran kwsp untuk beli rumah

6. Kawal atau Dikawal Nafsu?

Bila kita buat sesuatu untuk pertama kali, kadang-kala kita akan terasa teruja. Sebaik sahaja nampak iklan menarik, terus mempunyai keinginan untuk terus memborong.

Pendek kata, anda harus bijak mengawal diri. Usah tergopoh-gopoh untuk melakukan pembelian. Kaji sehabis-habis dulu sebelum buat keputusan untuk membeli.

Hal ini kerana pembelian rumah merupakan sesuatu yang hal yang rumit dan penting. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat semasa tentang perumahan di Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*